Info Korporat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Segalanya bermula sekitar tahun 2010, kami mencari pengalaman fotografi selama beberapa tahun, kini kami tampil dengan lebih sistematik. Penglibatan dalam bidang ini bermula dengan hobi bersama rakan-rakan sealiran minat. Kemudian kami mengambil satu langkah kehadapan lagi dengan sama-sama mempelajari teknik-teknik fotografi melalui senior dan sifu-sifu kami. Terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan dan sifu-sifu yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada kami.

Kini berbekalkan pengalaman tersebut, kami melangkah setapak lagi dengan menubuhkan CF Creative. Untuk makluman, CF Creative S/B (
Reg. No.CT0004594-T) telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 12 Nov 2010 beroperasi di Persiaran Bahagia Court, Bahagia Court, Temerloh Pahang. Pendaftaran syarikat ini adalah sebagai satu langkah permulaan menuju status professional dalam bidang fotografi dan pelbagai lagi. Ini juga penting kepada kami agar mutu pengurusan dan kualiti perkhidmatan kami bertambah baik dan dipercayai sepenuhnya.
Kami menyediakan kepakaran dalam bidang Photographer & Photography untuk semua majlis-istimewa anda. Selain itu kami juga sedia menerima tempahan dari seluruh Malaysia untuk pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan photographer dari kami. Konsep fotografi dari kami adalah modern, formal, kreatif & kandid. Selain daripada perkhidmatan photographer perkahwinan, kami juga menyediakan khidmat fotografi untuk Majlis Pertunangan, Menyambut Menantu, Resepsi, Malam Berinai, Harijadi, Konvokesyen, Korporat, Potret, Family, Rekabentuk, Produk, Studio, Modelling dan pelbagai lagi.
Kami menyediakan pelbagai pilihan pakej yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai dengan kehendak pelanggan dan ianya juga akan mampu memberikan kenangan terindah untuk diabadikan selamanya dalam bentuk fotografi untuk tatapan sepanjang hayat & generasi yang akan datang. CF Creative begitu komited terhadap kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang kami sediakan. Oleh itu, harapan kami semoga semua pelanggan kami dapat bersama dengan kami lagi diwaktu yang akan datang. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Terima kasih…


Rizal Ismail CF CREATIVE SDN BHD 13 MEI 2015




All Right Reserve Copyright By CF Creative Studio 2023/2023

No comments:

Post a Comment